Bebear Comel

memakan diri
kadang kadang akan datang satu masa dimana kita rasa menyesal, menyesal dengan diri sendiri. menyesal dengan keputusan diri sendiri, menyesal dengan perlakuan diri sendiri. dan semenjak hari penyesalan itu, kita akan nekad untuk jadi kuat, jadi lebih tegar berkata kata supaya kita tidak berterusan dipijak.


rasa sayang itu datang nya daripada Allah swt. dipinjamkan rasa sayang itu sementara, hanya di dunia. adakah perlu kita menyakiti hati orang yang sayangkan kita? nah, fikirkan.


kita sedia maklum dia sayangkan kita, dan kita sayangkan dia. habis kenapa dibiarkan juga perosak hubungan itu wujud? kadang kadang kita mungkin boleh bersabar. ya, sabar itu separuh daripada iman. tapi siapalah kita untuk berterusan bersabar bila berterusan hati kita dimusnahkan? hanya manusia biasa yang kerdil, sabar itu mungkin tidak kuat macam besi.


sayang diri sendiri terdahulu sebelum sayang dia.


sayang kan diri kita dahulu, kesian hati dan perasaan kita. hati dan perasaan kita siapa mahu jaga? siapa mahu sayang? melebihkan sayang kepada dia, akhirnya musnah juga. sayang lah diri, jaga lah hati, pujuklah perasaan.


dan semenjak hari itu kita akan fikir pelbagai. mungkin salah kita terlalu berlembut. mungkin salah kita yang sedia ada membuka kaunter maaf terlalu kerap? salah sebesar gajah, kita pejamkan sahaja. dan jangan pelik jika kita diperlakukan seperti tiada perasaan. kerana diri kita telah disalah tafsir sebagai sipenyabar dan pemaaf tegar. dia mungkin silap.


satu ketika mungkin di saat kita tiada, dia mungkin bahagia. tanpa bayangan kita. tapi percayalah, akan tiba satu masa dimana dia akan merindui kita. rindukan sabar kita, rindukan sayang kita, rindukan mesra kita. masa itu akan tiba.


dan jika masa itu tiba, ingin sekali kita katakan kepada dia bahawa :


" awak sudah terlewat, saya bukan saya yang dahulu, yang sentiasa bersedia hadapi makian awak, yang sedia menangis demi awak, yang sedia mengaku salah walau tidak bersalah demi menjaga hubungan kita, kini tidak lagi "


dia sudah terlewat.


tidak bermaksud aku mengajar untuk tidak menjadi pemaaf, 
menjadi pemaaf biar bertempat. 
biarkan aku sendiri, sendiri nyatanya lebih indah.


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post