Bebear Comel

COMEL bila ada LELAKI macam ni




comel 
bila girlfriend dia nanges nanges 
sesi pujuk memujuk lebih sejam
kadang makan berhari hari 
berminggu masih belum tercatat 

comel 
bila girlfriend dia nak ke sana sini 
dia sentiasa temani 
dah tak ingat kaki lenguh selenguhnya 

comel 
bila girlfriend mahukan sesuatu yang baru
dia beria pilih memilih 
dia kata yang itu sesuai sayang 
sebab dia tahu , girlfriend nya choosy melampau 

comel 
bila girlfriend kata diganggu 
dia kedepan 
mencari siapa si pengacau 
dia pastikan girlfriend dia aman selamat 

comel 
bila girlfriend dia makan comot 
tangan dah tak gaya tangan 
bersos sambil bermayonis
sayang lap aje lah kat baju abie

comel 
bila girlfriend dia tak tahan panas 
dia hulur tangan 
dia payungkan walau payung tu menyusahkan 
menyerabutkan untuk berjalan 

comel 
bila dia yang kasar dengan orang lain 
tapi dengan girlfriend 
watak tu tak pernah wujud
dia lah selembut lembut softlan 

comel 
bila girlfriend dia yang ganas
tak reti nak duduk sopan diam diam
dia yang bagitahu , sayang tudung tu , rambut dah nampak 
sila betulkan . baiki .

comel 
bila girlfriend dan dia nak solat 
dia tolong pegangkan semua barang 
sebab dia tahu girlfriend dia memang careless 

comel 
bila girlfriend dia tak mintak tolong 
tapi dia tahu girlfriend dia tak berdaya 
kalau dah tempoh masa terlalu lama 
maka dia offer untuk pikul beg bunga bunga 

comel 
bila dia tahu girlfriend dia masalah bab bab makan 
dia takkan paksa untuk habiskan 
katanya , makan mana yang boleh sahaja 

comel 
bila dia akan sumbat henfon henfon girlfriend nya 
dalam poket mana yang ada 
juga wallet sebesar alam 
cukup syarat girlfriend nya tak tercicirkan

comel 
bila girlfriend dia sedang jeles 
dia beria cerita daripada A to Z 
supaya girlfriend dia tak ragu ragu dengan nya 

comel 
bila dia selalu pastikan girlfriend dia tidur dahulu 
sebelum dia 
sanggup tunggu walau mata dia double kuyu 

comel
bila girlfriend dia selalu pura pura tidur 
just nak dengar kata kata 
yang kadang dia tak mampu katakan secara nyata 

comel 
bila dia sedang pastikan semua kembali biasa
setelah sebelum ini hati girlfriend nya tersedih 
dia sedang berusaha 
terlalu berusaha 

P/S : sesungguhnya hargai lah dia yang anda sayang . sebelum kehilangan selamaya .


thanks for reading . Assalamualaikum


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post