menulis kerana
menulis bukan kerana nama
tapi
kerana apa?
yang dinaikkan bila karya-karya agung mula terjual adalah nama.
bukankah itu menulis kerana nama?
yang disanjung bila skrip-skrip indah mula diambil sebagai cerita adalah nama.
bukankah itu menulis kerana nama?
oh, itu hasil simpulan bin simpulan. apa simpulan itu tidak punya nama?
bertaruh atau kau memang jujur dalam ruang hati paling gelap hitam padu, mesti kau menulis itu kerana nama.
kalau kau bukan menulis kerana nama, kau menulis kerana apa?
bagitahu.
bila menulis itu kerana rasa, semua yang kau mahukan tak kira nama, duit, harta, bangga itu akan datang dengan sendirinya. kemudian.