Bebear Comel

awak . bulan . mentari


sedang awak bersedih 
dongak 
dongak sebetulnya tepat ke bulan 
bulan tengok awak 
awak tengok bulan


tenang
kerana itu ciptaan Tuhan 
dia saksi kepada kesedihan awak 
apa yang awak tanggung 
sentiasa dia lihat daripada atas sana


dan apabila siang 
dia serahkan tugas kepada mentari 
dan mentari cuba sinari sedih awak dengan cahaya 
mengeringkan air mata 
dan tenang lah wahai hati


kuatkan diri 
hari ini tak siapa dengar rintihan awak 
tetapi yakin 
bahawa hari awak akan muncul 
suatu hari nanti 


dan di hari itu
menangislah sepuasnya demi kegembiraan 
dan bukan lagi kesakitan 
kerana itu janji Tuhan 
hadiah kepada sabar awak 


di hari ini 
yang diharapkan tidak menjadi 
yang di luar jangkaan menjelma 
satu persatu dia ragut 
dia sentap tanpa hati perut 


nah
itu kurniaan 
berdiri 
dan teruskan mendongak 
dengan tekun 
Insyaallah 
hari bahagia itu pasti datang


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post